top of page
Search

4 INISIATIF BARU MCI MARTABATKAN TVET NEGARA - MANNDZRI



TEKS UCAPAN

 

YB TUAN HAJI MANNDZRI HAJI NASIB

PENGERUSI RISDA DAN PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT MALAYSIA-CHINA INSTITUTE MERANGKAP AHLI PARLIMEN TENGGARA

 

MAJLIS PELEPASAN PESERTA PROGRAM-PRORAM INISIATIF MALAYSIA-CHINA INSTITUTE (MCI) 

 

17 JULAI 2024 (RABU)

12.30 TENGAHARI

MANHATTAN III, LEVEL 14, HOTEL BERJAYA TIMES SQUARE, KUALA LUMPUR



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Malaysia Madani

Salam Kemahiran


1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) di atas kesudian untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga besar Malaysia-China Institute (MCI) dalam MAJLIS PELEPASAN PESERTA PROGRAM-PRORAM INISIATIF MALAYSIA-CHINA INSTITUTE (MCI) hari ini. Pastinya kehadiran YAB Dato Seri’ memberikan makna yang lebih signifikan lagi, terutamanya kepada mereka yang diraikan.


2. Alhamdulillah dengan izin-Nya jua, pada hari  ini kita dapat sama-sama meraikan seramai 56 orang bakat kemahiran TVET tempatan yang juga tangan-tangan emas negara, akan di hantar ke China bagi mendapatkan ilmu kemahiran teknologi tinggi seperti yang di hasratkan oleh YAB Dato’ Seri dalam konteks penubuhan MCI.

 

3. Untuk makluman YAB Dato’ Seri, kumpulan yang akan di hantar ini adalah merupakan peserta bagi inisiatif baru MCI selain daripada Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) yang kini masih terus berjalan dan telah mencecah bilangan seramai 1038 orang di hantar ke China dalam pelbagai bidang kemahiran.

 

4. Empat (4) inisaitif baru MCI ialah:


Pertama, Program MALAYSIA-CHINA TECHNICAL PROGRAMME (MCTP) di mana seramai 18 orang pekerja Pelabuhan Tg Pelepas (PTP) Gelang Patah menjalani latihan bidang Port Handling and Chemical Hazard di Zhejiang International Maritime College, China selama 2 minggu

 

Kedua, Program TRAIN THE TRAINER - ADVANCED ELECTRIC VEHICLE (EV) TECHNOLOGY di mana seramai 20 orang tenaga pengajar Institusi Latihan TVET (Awam & Swasta) menjalani latihan Advanced EV di  Yantai Vocational College, China selama 3 bulan

 

Ketiga, Program MALAYSIA-CHINA: YOUTH OF EXCELLENCE SCHEME (YES) di mana seramai 18 orang pelajar SKM Tahap 3 Automotif melanjutkan latihan TVET peringkat Diploma in Electric Vehicle di Tangshan University, China selama  1 tahun

 

Keempat, Program MCYTT-INDUSTRIAL PLACEMENT yang menyaksikan Chery Automobile Co. LTD melalui Chery Malaysia menyerahkan Letter of Commitment partisipasi kepada MCI dari sudut penempatan pekerjaan di sektor industri servis dan pembuatan kenderaan Chery.

 

5. Kesemua inisiatif ini adalah bagi menyahut seruan Kerajaan Malaysia dan China dalam memperkukuhkan hubungan diplomatic melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang diterajui oleh Malaysia-China Institute (MCI).

 

6. Ianya juga susulan daripada lawatan rasmi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Malaysia dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke China pada 22 Mei hingga 1 Jun dan kunjungan balas Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia pada 18-20 Jun yang lalu telah menyaksikan sebanyak 5,125 kuota tajaan latihan TVET di tawarkan oleh China kepada bakat TVET di Malaysia.

 

7. MCI telah mengambil langkah proaktif dan konsisten dengan penghantaran bakat tempatan menjalani latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) ke Institusi TVET China yang digerakkan secara bersama oleh Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR) dan TANG International Education Group (China).

 

8. Dalam ekonomi global yang pesat membangun, kunci kejayaan Malaysia terletak pada pengukuhan tenaga kerjanya melalui program TVET yang berkesan. Dengan melabur dalam TVET, Malaysia boleh merapatkan jurang kemahiran, meningkatkan inovasi dan bersaing di padang yang sama rata dengan negara maju.

 

9. Di atas sebab itu, komitmen industri seperti Pelabuhan Tg Pelepas (PTP), Chery Malaysia, China Eastern Airlines, Institusi Latihan TVET Awam dan Swasta serta pihak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang mempercayai dan menyokong MCI adalah kunci utama kepada impak besar yang bakal mewarna dunia TVET tempatan.

 

10. Untuk pengetahuan YAB Dato’ Seri, hasrat besar MCI dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan TVET ke China, saya berkeyakinan Malaysia boleh menarik pelaburan China dan meningkatkan daya saing antarabangsanya. Negara maju menekankan kepentingan tenaga kerja mahir, dan Malaysia boleh meletakkan dirinya sebagai destinasi yang diingini untuk industri yang mencari profesional berkemahiran tinggi.

 

11. Kesempatan akhir ucapan aluan saya ini, saya merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada YAB Dato Seri di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada saya dan pasukan kecil kami dalam memberikan impak besar kepada negara dalam konteks membangunkan bakat TVET tempatan untuk keperluan industri.

 


Hadirin yang saya hormati sekalian,

 

12. Sebelum mengakhiri ucapan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis pada hari ini terutamanya kepada BELIA MAHIR dan TANG. Sesungguhnya, tanpa kerjasama semua pihak, majlis pada hari ini tidak akan dapat dilaksanakan. 

 

13. Terima kasih sekali lagi juga kepada YAB Dato Seri yang dapat hadir pada hari ini.

 

14. Akhir kata, kepada semua hadirin, usaha memartabatkan TVET ini ibarat seperti gula, walaupun telah larut dan tidak lagi wujud tapi kemanisannya tetap dapat dirasai. Tinggalkanlah legasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik walau di mana sahaja kita berkhidmat.

 

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.



53 views0 comments

Comentários


bottom of page