24.09.2020 | Di SMK Kemahang, Tanah Merah, Kelantan
Tepat jam 5 petang, bermula "sesi kasih-sayang"bersama para penghuni asrama SMK Kemahang, sekolah yang tiba-tiba terkenal apabila 3 pelajarnya di tahan kerana membuli. Terima kasih kepada Cikgu Kamal Ruzaman Hassan, KPP Sektor Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, CIkgu Mohd Noor Daud (Pengetua) dan Mohd Hakimi (EXCO Majlis Belia Malaysia / Pengerusi MAYC Kelantan) yang berpadu tenaga mencari solusi mrnangani isu buli di sekolah ini. Terima kasih juga kerana memberi saya peluang berkongsi pandangan dan bantuan tentang isu belia berisiko.
Saya fikir isu ini boleh diselesaikan dalam situasi menang-menang dan berbesar hati. Ya, tindakan yang di tahan itu adalah SALAH. Mereka perlu berani tanggung dan jawab di atas perbuatan mereka yang di luar kawalan.
Saya bertemu sendiri dengan “si pembuli”, Orangnya kacak, tegap, baik budi bahasa dan ini kali pertama dia buat ada salahlaku. Dia juga kecewa dengan apa yang telah terjadi.
Saya ingin mengajak semua untuk sama-sama memahami maksud BELIA BERISIKO.
Terdapat banyak definisi mengenai belia yang berisiko tetapi saya percaya bahawa mana-mana kanak-kanak dan remaja yang membesar di dunia ini berisiko dalam beberapa cara. Anak-anak kita berada di bawah tekanan yang lebih tinggi daripada sebelumnya dalam masyarakat kita yang pantas, khususnya di era pandemik Covid-19.
Mereka yang berasal dari keluarga ibu bapa tunggal, unit keluarga yang tidak berfungsi, dan masalah sosio-emosi lain cenderung berada dalam kerugian yang lebih besar untuk berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun, anak-anak kita telah terdedah kepada keganasan, penyalahgunaan bahan dan pengaruh negatif lain pada usia yang sangat muda. Ibu bapa dapat membesarkan anak mereka dengan betul dan menjadi penyokong dan penyayang, namun mereka tidak dapat mencegah anak remaja mereka terjebak dalam gaya hidup berbahaya dan membuat pilihan yang buruk.
Terdapat banyak tanda yang menunjukkan bahawa masalah sedang meningkat. Berikut adalah beberapa petunjuk utama bahawa remaja anda mungkin berisiko dan anda harus meminta pertolongan daripada pekerja sosial atau pekerja belia profesional sekiranya anak anda menunjukkan tingkah laku dan sikap yang disenaraikan di bawah.
01. Sekolah Gagal di sekolah, ponteng sekolah, sering tidur di kelas, bertengkar dan bertentangan dengan pihak berkuasa, dibuli
02. Kehidupan keluarga Berdebat dengan ibu bapa dan adik beradik, lari dari rumah
03. Undang-undang Tertangkap kerana mencuri barang, merokok, menghidu gam, rusuhan, aktiviti berkaitan geng dan merosakkan harta benda awam
04. Tingkah laku yang tidak biasa Keganasan melampau, kehilangan ketenangan mereka dengan mudah, plmenghabiskan banyak masa bersendirian, perubahan mood yang melampau, kehilangan selera makan atau makan berlebihan dan aktif secara seksual
05. Kepercayaan diri Berkeyakinan rendah, tidak bermotivasi, mudah berputus asa dan mempunyai sikap 'Saya tidak peduli'
By Rizan Hassan
Comments