top of page
Search
Writer's pictureBelia Mahir (Rizan Hassan)

KENYATAAN MEDIA: INISIATIF "CERTIFICATION THROUGH EXPERIENTIAL LEARNING"


MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BAGI PERSIJILAN PROFESIONAL KEPADA GOLONGAN PEKERJA (khususnya Belia NEET – Not In Employment, Education And Training) MENERUSI KERJASAMA PROJEK BELIA MAHIR DAN ALZETTE UNIVERSITY, FRANCE


1. Sejak sekian lama mereka yang memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik yang rendah akan di lihat selamanya kekal bekerja sebagai pekerja bawahan atau pun sukar di naikkan pangkat dan gaji.


2. Situasi ini mengakibatkan jurang keserakanan (partnership) di antara pekerja dan majikan semakin melebar dan yang pastinya usaha mengekalkan seseorang untuk terus bekerja di syarikat yang sama sukar di lakukan.


3. Justeru itu, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menerusi inisiatif kami iaitu PROJEK BELIA MAHIR telah bekerjasama dengan ALZETTE UNIVERSITY dari Perancis dengan memperkenalkan program Professional Certification – The Learning Workplace


4. Program ini terbuka kepada golongan pekerja yang memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik rendah tetapi membina pengalaman dan kemahiran mereka di tempat kerja.


5. Fokus utama usaha ini ialah kepada Golongan Belia NEET (Not in Employment, Education and Training) yang telah di bantu menerusi pelbagai program penempatan pekerjaan. Untuk rekod, sejak Mac 2020 sehingga Mei 2022, Projek Belia Mahir telah membantu seramai 4,976 orang Belia NEET mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai

bidang dan pengalaman kerja mereka akan di persijilkan menerusi kerjasama Alzette University.


6. Objektif inisiatif ini adalah untuk memberikan rangsangan dan memotivasikan belia agar tidak berasa rendah diri memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik yang rendah kerana mereka juga mempunyai laluan kerjaya yang sama hebatnya dengan rakan-

rakan seusia di laluan latihan dan pendidikan tinggi.


7. Terdapat 3 faedah utama program ini iaitu kepada pekerja, majikan dan negara yang akan merancakkan usaha kebangkitan kita selepas Pandemik Covid-19 menuju ke negara maju berpendapatan tinggi:


Faedah kepada individu

a. Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;

b. Penganugerahan Persijilan Profesional dalam masa yang singkat

c. Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.


Faedah kepada majikan

a. Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;

b. Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan

c. Meningkatkan imej syarikat


Faedah kepada negara

a. Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;

b. Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;

c. Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan

d. Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara


8. Program ini akan bermula pada Julai 2022 dan kami menjangkakan seramai 10,000 orang pekerja di kalangan Belia NEET akan di bantu untuk bekerja dan dipersijilkan.


9. Ketika ini usaha Projek Belia Mahir telah mendapat sokongan banyak majikan khsusunya di sektor perkilangan memandangkan mereka berdepan dua isu utama iaitu kekurangan pekerja tempatan dan pengekalan bekerja. Jadi, program ini di lihat suatu usaha yang

boleh membantu majikan dalam merangka halatuju pekerja yang di bantu oleh Projek Belia Mahir.


10. Majikan yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dan golongan belia yang ingin mendapatkan pekerjaan dan persijilan boleh mendapatkan maklumat di laman sesawang kami www.beliamahir.com atau hubungi 011-55880076 (Urusetia Belia Mahir).


Sekian terima kasih


Yang benar,


MOHAMMAD RIZAN HASSAN

Setiausaha Agung / Ketua Projek Belia Mahir

Tel: 013-7733676

Email: mybeliamahir@gmail.com

Website: www.beliamahir.com

Tarikh: 13.06.2022




66 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios

No se pudieron cargar los comentarios
Parece que hubo un problema técnico. Intenta volver a conectarte o actualiza la página.
bottom of page