22.02.2024 | Projek Belia Mahir berpeluang memberikan taklilmat mengenai Malaysia-China Youth TVET Training / Malaysia-China Institute (MCI) kepada para pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan.
POLISAS bakal menghantar pelajar ke China mendalami kemahiran Smart Pilot Plant in Food Processing.
Kesempatan yang ada, pelajar POLISAS di beri kefahaman tentang cabaran perubahan kehendak sektor tenaga kerja yang semakin dinamik, rekalibrasi antara permintaan dengan pengeluaran pasaran buruh berpandukan keperluan semasa yang perlu untuk mengimbangi keperluan guna tenaga agar produktiviti tenaga buruh tidak terjejas atau membantutkan usaha pemulihan ekonomi.
Justeru, anjakan baharu diperlukan untuk memberi nilai tambah kepada bakat TVET tempatan agar sentiasa cakna dan kekal relevan dengan kemahiran setara teknologi moden, termasuk bidang kecerdasan buatan (AI), internet benda (IoT) dan automasi, di samping menggarap ilmu berkaitan coding dan robotik seiring dengan naratif pendigitalan.
Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, belia perlu dilengkapi kemahiran baharu dalam mengharungi transformasi landskap digital.
Comments