22.02.2024 | Projek Belia Mahir hadir di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun bagi membugarkan semangat pelajar TVET disini untuk menyedari bahawa masa depan negara kini terlatak di tangan mereka, iaitu tangan-tangan emas berkemahiran!
Untuk itu, kami menggalakkan pelajar untuk investasi kepada diri sendiri bagi peningkatan kemahiran melalui program Malaysia-China Youth TVET Training / Malaysia-China Institute (MCI).
Isu dan cabaran pekerjaan bukan perlu di tangani oleh kerajaan dan industri tetapi sejauh mana pelajar memaksimumkan masa dan peluang semasa berada di institusi seperti penglibatan dalam program mobiliti antarabangsa yang bersifat peningkatan kemahiran yang mana ianya juga adalah elemen pengukuhan pengalaman yang diperlukan oleh industri kelak.
Comments